Thursday, 23 February, 2012
™Technique Kewangan Terunggul
 APAKAH TEKNIK KEWANGAN TERUNGGUL SEBENARNYA? -Diskripsi Tentang Teknik Yang Bakal DiPelajari.
Pakej Teknik Kewangan Terunggul dari adrs.com.my membariskan elemen-elemen penting bagi membantu anda mengharungi dunia perniagaan internet dengan selamat dan berjaya. Selepas 'khatam' (habis baca), anda bukan lagi seorang 'Beginner' (kalau anda merasakan diri begitu) bahkan layak digelar 'expert' dalam mengetahui selok-belok perniagaan internet. Tak kira apa jua tahap anda, selepas membacanya, anda bukan lagi orang yang sama seperti sebelumnya. Anda akan dapat melihat secara 'tembus' di sebalik perkara-perkara yang tidak pernah diduga selama ini. Pendekata; Teknik Kewangan Terunggul akan menjadikan fikiran dan pandangan anda 'cekap' membezakan mana satu tipu mana satu benar di internet.
Di dalam dunia internet, pelbagai perkara berlaku dengan pantas. Software-software (perisian), program dan teknologi bertukar arah dengan laju sehingga susah kita nak keep-up (ikuti). Tetapi anda harus tahu: Elemen tradisional yang menjadi tunjang utama setiap kejayaan, tidak pernah berubah. Maksud saya; sekalipun hiasan luarannya dikemas-kini, dicantikkan, diperbaharui - rangka dalaman yang menyokongnya tetap sama saja! Bermakna; biarpun pelbagai pihak menawarkan itu ini serta menakutkan anda dengan pelbagai gesaan mengatakan anda bakal ketinggalan dan gagal jika anda 'tak cargas' mengikuti perkembangan, anda tak perlu takut sebab anda mempunyai rangka-kerja (framework) yang teguh bagi menyokong kedudukan bisnes anda walaupun badai datang melanda. Perubahan yang berlaku tidak akan menjejaskan bisnes anda.
Memang benar ada kala kita perlu keep-up dengan perubahan teknologi demi memastikan bisnes kita mempunyai kelebihan...tetapi 'kelebihan' tidak sama dengan 'kestabilan'. Bila bisnes anda 'stabil', anda boleh mencuba pelbagai 'kelebihan' bertujuan untuk menambah pengaliran wang masuk ke dalam akaun. Kalau bisnes anda tidak mempunyai 'kestabilan', maka semua kelebihan yang ada akan menjadi 'tak berguna' (useless). So; pastikan bisnes anda memiliki 'kestabilan' terlebih dahulu sebelum termakan dengan ayat-ayat power menawarkan pelbagai kelebihan itu ini untuk di-implementasi-kan kepada bisnes anda. Kestabilan adalah topik yang hanya perlu dipelajari sekali sahaja. Jangan peningkan kepala. Pelajari topik penting ini dengan betul (melalui pihak yang betul), kemudian kita boleh teruskan menambah pelbagai 'kelebihan' supaya pengaliran wang masuk ke akaun menjadi berganda-ganda! Melalui adrs, anda akan memiliki kestabilan itu.
'Kelebihan' adalah sesuatu yang para-peniaga gunakan bagi menambah sumber pendapatan - ini yang membezakan di antara satu bisnes dengan bisnes yang lain. 'Lebih berjaya' atau tidak. Gagal tidak ada sebab kegagalan sesebuah bisnes terletak di peringkat framework (elemen tradisional) yang diperbincangkan tadi. So; melalui 'kelebihan'-lah yang akan menentukan sama ada bisnes anda akan melangkah ke tahap seterusnya ataupun tidak. Sama ada bisnes anda lebih bagus dari saingan anda, ataupun tidak.
Berada di peringkat mencuba 'kelebihan' ternyata menarik (sebab ia seumpama membina saluran-saluran baru nak bagi duit masuk) tetapi ia juga boleh mengundang frustration (kekecewaan). Salah satu contoh fenomena yang mungkin berlaku ialah:
Katakan anda mempunyai sebuah bisnes internet yang berjaya menjangkau 1 tahun berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Salah satu sumber pendapatan 'kencang' yang anda dapat adalah melalui Facebook.com. (Saya tidak mahu berpanjang-jela di sini mengenai bagaimana menghasilkan pendapatan melalui facebook sebab ini hanyalah sebuah contoh). Senang cakap; RM2,000 - RM3,600 sebulan steady income? Tetapi suatu hari apabila anda cuba membuat pembayaran untuk meneruskan urusniaga bersama mereka, anda dapati mereka telah sekat pembayaran anda lalu menghentikan apa jua operasi bisnes yang anda ada dalam facebook! Pembinaan anda berusaha menaikkan status di dalam facebook bukan sehari dua tetapi 6 bulan bersekang mata berpenat-lelah. Dan kemudian dengan tak semena-mena akaun buat duit anda disekat hanya semata-mata kerana ada puak di dalam facebook yang tak suka anda! (Mungkin kerana anda ada menegur kenapa mereka lambat respon kepada email pertanyaan anda.) Dan bila mereka tak layan anda, bermakna mereka menghentikan urusniaga dengan anda. Bermakna juga; anda bakal kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM2,000 - RM3,600 sebulan; BERSIH!...yang begitu selesa anda nikmati.
Bayangkan begini: anda sudah mula merasa selesa dan menanam azam nak memiliki kereta baru sebagai tanda kejayaan anda. Di samping azam tersebut, anda sudah terbiasa hidup dengan melihat RM3,600 masuk ke dalam akaun anda tanpa sebarang masalah di setiap bulan. Dan berharap hari akan datang menjadi lebih baik dan baik lagi (dengan bercita-cita nak tambahkan 'kelebihan' lain pulak. Target - RM6,000 sebulan pula, mungkin?) Adakah anda 'okay' kalau terpaksa mengalah melupakan cita-cita dan harapan tu hanya kerana ada seekor gila di facebook tunjuk kuasa kepada anda?
Saya pernah melalui situasi ini di mana facebook men-charge akaun visa saya sebanyak 2 kali dan kemudian beritahu pembayaran saya untuk teruskan urusniaga bersama mereka tidak diterima. Saya buat semakan di bank dan mereka beritahu facebook telah 'menelan' duit saya sebanyak 2 pembayaran tanpa masalah. Kad saya tidak ada masalah - pasti. Kemudian bila saya menghantar email bertanya, mereka buat tak layan dan membiarkan saya seolah-olah saya bukan seorang manusia yang berperasaan.
Jadi, Bagaimana?
Perkara buruk boleh berlaku kepada sesiapa saja di internet dan yang paling tajam terasa adalah yang melibatkan wang ringgit. Di sini saya ingin beritahu; Pakej Teknik Kewangan Terunggul salah satu isi kandungannya adalah mengajar anda bagaimana melindungi diri dari 'ke-tidak-pekaan' syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook. Syarikat begini menerima berbillion email pertanyaan dan melayani satu email (dari anda) kelihatan terlalu kecil buat mereka. Masih banyak bisnes internet yang tidak mengambil serius urusan pelanggan sebab bagi mereka, kehilangan seorang pelanggan tidak membawa apa-apa kesan. Google pernah menahan akaun saya tanpa sebab hanya kerana satu kesilapan kecil iaitu - terlewat bayar bil bulanan. Bagi mereka; setiap urusan terbaik adalah 'automatik' - setiap bulan sistem mereka akan 'charge' akaun pelanggan dan kemudian teruskan bisnes seperti biasa. Bila ada yang tersangkut (bukan sengaja), maka dengan senang hati mereka buat tak tahu dan kenselkan urusan tersebut sedangkan anda sudah mula membina kredibiliti dan pendapatan. (Bersusah-payah sudah mesti!) Melalui adrs, anda akan diselamatkan dari terkena perkara-perkara remeh begini tetapi agak bahaya kerana melibatkan kewangan dan hasil kerja penyusunan meletihkan. Kalau terkena jugak, tak usah risau sebab saya akan bantu anda mengatasinya dan kemudian - bisnes berjalan lancar semula.
Segala penerangan adalah straight to the point. Tak perlu panjang berjela sebab dalam kebanyakkan ajaran, hampir 80% perkara-perkara tak penting diselitkan bagi tujuan membalut baki 20% yang betul-betul penting tu - dengan tujuan pengajar dilihat sangat pakar di mata para pelanggan. Melalui adrs, buang semua sampah 80% tu dan kita terus saja ke arah praktikkan 20% - perkara-perkara yang sudah cukup membuatkan kita berdiri solid. Lebih ringkas, lebih tidak memeningkan kepala.
Info Pemahaman: biar saya dengan jujur beritahu anda; saya memperolehi RM2,500 - RM3,000 sebulan melalui Facebook keuntungan bersih. (Bagaimana saya menjana pendapatan sebanyak itu sebulan di facebook? Jawapannya: melalui langkah serta cara yang betul. Itu penting.) Memang banyak cara nak buat duit di semerata internet. Lain orang, lain caranya. Apa yang saya ada adalah cara-cara yang cukup berkesan dan saya telah buktikannya. Mempelajari cara saya, akan membuatkan anda dilengkapi dengan 'salah satu cara' membuat duit yang ada. Kemudian mari teruskan dengan cara ke - 2 pula. (Kemudian 3, 4 dan seterusnya.) Ia seperti anda mengumpul cara-cara berkesan bagi menghasilkan wang. Dan setiap satunya; mahal - erti kata lain: bagus. (Tapi jangan risau - saya tak kedekut tamak.) Melengkapkan diri dengan pengetahuan powerful seperti ini, akan membuatkan anda bertambah expert, hari demi hari untuk menghasilkan wang dengan lebih dan lebih lagi. Ringkas kata; kalau anda sudah ter'hidu' dan ter'perasan' teknik tersebut seumpama emas yang belum habis digali (serpihan kecil permukaanya yang timbul; bersilau menarik perhatian), maka jangan lepaskan peluang memilikinya. Hari ini untuk menjumpai seseorang yang betul-betul 'ori' memiliki skill yang dapat membantu anda menghasilkan wang dengan kukuh - BUKAN senang. Jangan biasakan diri membiarkan sesuatu yang berharga berlalu pergi dari hidup anda begitu saja...Ingat.
Tentang facebook mem'block' saya? Itu pun saya pernah kena dan hampir hilang pendapatan beribu sebulan. Tapi anda tak perlu risau. Andaikata masalah bahaya begini timbul dan terkena kepada anda, Teknik Kewangan Terunggul ada caranya nak selesaikan perkara ini. Kalau terkena pada kita, boleh menyekat hasil kewangan yang saban hari mengalir masuk ke dalam akaun kita dengan lancar. Sungguh frust jadinya! (sebab terpaksa tengok pengaliran tu terhenti!) Teknik saya akan membantu anda melepasi masalah ini dari belakang mereka, dan kemudian senyap-senyap sambung serta hidupkan semula bisnes difacebook seperti sediakala. Cuma kali ini, (bila dah tahu ada kera sombong dalam facebook yang bila-bila masa saja boleh buli anda) kita berbisnes dengan cara 'di bawah radar'. Di mana jangan berinteraksi dengan pengurusan facebook lagi - tetapi dalam masa yang sama memastikan bisnes dan pengaliran wang masuk anda berjalan lancar tanpa gangguan. Seumpama saluran pengaliran wang masuk yang tersorok - selamat tanpa diganggu.
Info: cara ini hanya untuk kemungkinan terjadi. Sebab saya akan menerangkan langkah lancar yang akan membuatkan anda tidak berada dalam situasi bahaya terkena banned. Selama anda ikut langkah saya, tiada masalah. Cuma kalau-kalau terkena; jangan risau sebab masih ada caranya nak repair. (Rileks, saya ada!)
Banyak sistem buat duit beritahu anda 'Rahsia' bagaimana nak buat itu ini. Lantaklah. Itu cara mereka. Style saya pula: saya nak beritahu anda perkara-perkara penting, straight to the point tak ada selok-belok. Demi keselamatan dan jaminan di internet, anda kena tanamkan kesedaran bahawasa Google dan Facebook adalah dua kuasa besar yang amat penting untuk diberi perhatian (dijaga, diampu dan di'siram'). Biarkan jenis-jenis yang bertaburan menulis huruf-huruf BESAR mengatakan anda tak perlu ada kaitan atau berurusan dengan Google dalam berbisnes. Mereka ini semua adalah jenis yang nak membodohkan anda dengan mempamerkan mereka bijak. Kononnya dengan teknik mereka yang tidak memerlukan sebarang urusan dengan kuasa-kuasa besar di internet dan kemudian masih mampu berjaya dengan hebat; adalah pembohongan semata. Malahan jenis ini akan meng-war-warkan kebijaksanaan mereka dengan membuat ungkapan seolah-olah orang bodoh saja yang akan berurusan dengan Google, Yahoo dan Facebook. Mereka mengutuk 'Guru' mengatakan jenis itu bangang sebab mengikuti jalan yang benar. Sebenarnya; mereka yang bangang sebab gagal dalam mengikuti jalan yang benar. Seumpama 10 kali ambik ujian memandu dan gagal - lalu mereka menunjuk-nunjuk mereka hebat memandu macam puaka di jalan raya tanpa memerlukan lesen JPJ yang bodoh tu. (Siapa yang lebih anda hormati? Pemandu ada lesen atau tiada? Tepuk dada tanya selera. - Awas! Seseorang tetap boleh memandu dengan ligat tanpa lesen tetapi; bagaimana kalau dilanda masalah seperti kemalangan atau Road block?)
Dan yang digelar 'Guru' pula, kebanyakkan adalah jenis yang meng-iktiraf-kan pada diri sendiri demi menarik pelanggan dan keuntungan. Tahukah anda bahawa ramai yang menganggap diri 'Guru' sebaik saja berjaya menerbitkan sebuah buku dipasaran? Salah satu contoh: pernah ada seorang ni berjaya menerbitkan sebuah buku yang laris di jual serta mendapat sambutan hangat. Bila saya teliti, bagi saya; dia ni seolah-olah setakat tahu bukak komputer dan menaip sahaja! Lain semua tak reti! Bayangkanlah orang yang pandai menaip (serta tahu lah serba-sedikit mana nak tekan bila komputer terbukak) sudah boleh dianggap 'Guru'? Tidakkah anda merasa rugi membelanjakan duit mahal untuk mempelajari cara 'Guru' tersebut sedangkan dia hanya beberapa tapak saja di hadapan anda. (Lebih lanjut mengenai ini ada tercatat di dalam Ebook Edisi Kewangan Percuma.)
Revolusi Guru Berlagak - tak sedar diri.
Di seminar, dia men-war-warkan bahawasa sesiapa saja boleh berjaya. Tiada siapa yang dilahirkan loser. Di blog, tak habih-habih dia mem-posting 2-3 artikel seminggu memberi nasihat apa langkah yang sepatutnya diambil supaya jangan ketinggalan. Tak kurang juga cerita mengenai bagaimana dia ni dulu tak berduit kini mencapai kejayaan - supaya anda yakin; anda dan dia tak banyak beza. Yang penting: mindset. Fikiranlah yang menentukan sama ada seseorang itu berupaya mengecapi kejayaan atau tidak. Gambarajah dalam pelbagi rupa turut dipertontonkan bagi membuktikan yang dia kini adalah Internet Guru yang sebenar. 'Berderet' video menunjukkan dia diitemuramah dalam rancangan-rancangan di TV dan juga Radio - dan semua temuramah mempamerkan dia dalam keadaan bersopan-santun berbudi-bicara. Pernah juga dia mencadangkan meninggalkan komen berhemah di blog-blog berkaitan sebagai salah satu cara memperkenalkan bisnes kita ke khalayak ramai.
...tapi itulah dia (Mr. 'I'); yang tidak pernah meluluskan walau satu komen pun yang saya tinggalkan di blog dia. Komen yang saya buat berdasarkan tatacara beradab; mengelak unsur-unsur 'spam' sebaik mungkin. Komen hanya ringkas dimulai dengan 'salam sejahtera' dan seterusnya jemputan para hadirin melawat website saya yang tak seberapa tu. Tiada perkataan-perkataan atau ayat-ayat promosi ketara yang menjadikan komen 'lari topik'. Siang malam mengikuti perkembangan dia, mendengar cadangan dan nasihat, (termasuk membeli buku dia!) - dibalas dengan 'komen pengharapan' saya itu di'delete' (padam) dengan hanya 'satu klik' saja dari mouse dia. Mungkin cadangan dia menjadikan komen salah satu platform advertising (promosi); adalah kepada blog orang lain, namun jangan sekali-kali di blog dia!
 Begitulah adat dunia. Setelah satu posting dari dia mendapat puluhan komen, maka kuasa atas dia sama ada nak anggap komen mana sampah dan mana tidak. Seolah-olah yang menaip meninggalkan komen tu tidak ada hati dan perasaan. Kalau ada pihak yang tegur perbuatan sombongnya ini, maka dengan senang hati dia boleh jawab; sangkaan dia yang buat komen tu adalah 'robot' mahupun software automatik yang tugasnya adalah spamming. Mana le nak tau...Bukan dia seorang saja yang bersikap sombong setelah berjaya, malahan ramai lagi yang berkongsi kapal serupa. (Di antaranya adalah Cik E dan GT.) Jenis ini mengharapkan orang ramai ringan tangan meninggalkan komen dan menekan button 'Like' di website mereka, tetapi kalau bab tolong-menolong meminta sedikit bantuan menaikkan bisnes: 'no way'. Sekalipun bantuan tersebut semudah meluluskan satu komen kita yang diakhirnya akan tenggelam bersama dengan banyak lagi komen lain; mereka tetap tak mau! Mereka jenis anti kepada komen yang menjemput pelawat mereka; melawat blog (atau website) orang lain. (Kecuali geng-geng rapat.) Disebalik wajah penuh sengihan dan senyuman, jenis ini sebenarnya sombong. Mereka berlagak setelah Tuhan menganugerahkan mereka kelebihan berada di'atas'. Sedangkan kalau mereka ini 'terjatuh', mereka sedikit pun tidak mempunyai apa-apa keistimewaan (mahupun kekuatan) yang membolehkan mereka naik semula. Bagi mereka, kejayaan mereka adalah kerana hasil dari usaha keras dan kepintaran mereka sendiri. Ucapan syukur dan tawadu'q mereka hanyalah pameran kepada umum bagi menutup sikap berlagak yang muncul setelah berjaya.
Dengki, Dendam atau Sengaja nak Menjatuhkan?
Tidak. Semua tu bukan tujuan saya. Ia cuma pengalaman benar yang pernah saya lalui. Di kala masih baru pada ketika itu, saya bagaikan seorang budak kecil berwajah comel berseri kerana hati dipenuhi dengan baik sangka. Seumpama adik kecil yang berharap abang-abang dan kakak-kakak yang bersinar kejayaannya tu sudi menghulurkan sedikit bantuan. Ke sana ke sini saya seronok melayari website-website mereka dan merasakan kejayaan mereka seolah-olah kejayaan saya juga. Tetapi lama-kelamaan, baru saya sedar bahawasanya dunia tetap dunia...Ia dibaluti dengan bermacam-macam 'cover' yang disebaliknya penuh dengan adegan tokok-tambah dan palsu. Buruk sangka mengatasi baik. Ramai berteriak 'senang' nak mulakan bisnes internet kerana bermotifkan keuntungan diri sendiri. Siapa yang nak melanggan dengan mereka kalau awal-awal beritahu 'susah' nak buat? Oleh kerana 'senang' yang sebenarnya 'susah' inilah membuatkan ramai yang tidak mahu 'senang-senang' menghulurkan bantuan sebab takut nanti persaingan bertambah. Sengit.
Info: ramai peniaga internet berfikiran Malaysia ni 'kecik'. (Pasaran terhad.) Mereka bersikap terlalu melindungi (bisnes sendiri). Okay, okey...- siapa yang tak sayangkan bisnes sendiri (terutama yang mencapai sukses!), ye tak? Saya faham. Tapi takkan lah sekadar nak luluskan komen yang ada link jemputan pun tak boleh nak tolong?...Kalau ternyata jemputan tu berbau persaingan, (makna; bidang yang sama tetapi harga berbeza; murah) - tak apa le jugak. Ini bidang berlainan tak ada kena mengena pun; 'ego' sangat; tak mau approved.
Dengan pendedahan ini, sudah tiba masanya industri perniagaan internet dibawa ke level yang lebih tinggi (berkualiti). Contoh: pendedahan bagaimana Magician melakukan silap mata mereka didedahkan; adalah bertujuan mengurangkan Magician-magician tak berkualiti yang semakin berleluasa. Membezakan mana Magician profesional dan amatur. Juga bertujuan membawa industri silap mata ke tahap yang lebih mengagumkan. Para Magician kena fikirkan trick yang lebih bagus bagi menarik perhatian penonton. Yang sudah tu sudahlah...
Peningkatan ini membuatkan duit yang dibelanjakan jadi berbaloi - kerana pendedahan tersebut memberi kesedaran kepada pelanggan mengetahui untuk apa wang mereka dibelanjakan. Sama juga buat Dunia Perniagaan Internet. Dalam apa jua bidang mahupun kategori, kalau boleh setiap orang mahu berbelanja membeli sesuatu yang sesuai dengan harga. (Duit itu sendiri sesuatu 'objek' yang berharga.)
Menjadi sombong serta berlagak setelah 'ada nama' bukan suatu jenayah. Tiada siapa yang akan tangkap anda (yang rasa diri tu berjaya / banyak follower) kalau nak bersikap sedemikian. Saya sendiri pun tak salahkan sesiapa. Cuma saya nak beritahu; masih ada yang tidak lokek (murah hati) nak bantu mana-mana peniaga yang masih terkapai-kapai nak bina langkah. Kejayaan / follower mereka ini tak kurang hebatnya. Melalui adrs, saya akan bawa anda kepada golongan-golongan ini yang sedang menanti dengan tangan terbuka untuk membantu. So, kita tinggalkan saja mana-mana individu yang dah rasa besar tak perlukan anda. Jalan cerita akan jadi lebih menarik kalau kita prolehi kejayaan tanpa perlu 'menadah tangan' kepada mereka ini. Sweet success!
Personal Mesej: diharap tiada sesiapa 'terasa' dengan pernyataan ini. Saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada niat menjatuhkan. Saya juga tidak dedahkan identiti di web page adrs. Juga; diharap pernyataan ini dapat ditafsirkan secara 'rasional'. Buat keputusan secara peribadi sama ada pernyataan ini berguna atau tidak (dalam mengharungi dunia perniagaan internet yang pebuh pancaroba). No hard feelings. Ia cuma fakta dalam kehidupan seharian yang dipenuhi pelbagai ragam.
SEKILAS PANDANG TENTANG KEJAYAAN - Pasaran Tempatan atau Antarabangsa?
Mengenai Malaysia pasarannya terhad; ramai yang dah berpendapatan beribu sebulan, berterusan (stabil) - sehingga ada yang sampai ke tahap 'bersara'. (Bisnes dah besar.) Jangan disekat oleh pemikiran macam ni sebab ia boleh menjejaskan 'fokus' bagaimana untuk memandang ke hadapan dan melihat ke manakan arah bisnes anda pergi. Malahan; sebenarnya memang elok anda start dengan Malaysia terlebih dahulu, dan kemudian baru kembangkan fokus ke pasaran yang lebih meluas (antarabangsa). Kenapa?
Fahami ini: peniaga internet 'P' telah mengambil keputusan untuk terus melangkah ke pasaran antarabangsa. Sebab mengikut kajian persendirian; produk dia akan gagal mencapai sasaran kalau berniaga di sekitaran pasaran Malaysia sahaja. Terlalu banyak persaingan. Persamaan produk dia dengan peniaga yang sedia ada pula - amat banyak. Juga; untuk benar-benar berjaya, 'P' kena mendalami 'mindset' penduduk Malaysia terlebih dahulu. (Setiap negara mempunyai 'mindset' tersendiri.) Mengubahsuai produk yang sama ke dalam Bahasa Inggeris dan kemudian anggap semua akan faham mesejnya; adalah salah sama sekali. Elakkan dari melakukan ini. 
Berpandukan penjelasan ringkas ini saja; sudah cukup membayangkan betapa banyak tugasan diperlukan sebelum 'dengan cepat' dia boleh lancar produknya diniagakan kepada umum. Kalau dia tak buat semua tugasan penting ni; dia bakal berakhir dengan keputusan 'menembak di dalam gelap' - 'P' akan gagal menarik perhatian pembeli. Berbeza dengan pasaran Antarabangsa; sebab ia adalah dunia tanpa sempadan. Pasaran bercampur-aduk dan keluasan tidak berkesudahan. Kalau 'menembak dalam kegelapan' sekalipun, sedikit-sebanyak pasti ada yang 'ter'-kena. (Kalau tak kena di kepala, kena di kaki.) Mangsa akhirnya akan datang kepada dia (untuk membeli). Dia berjaya buat sales!
Info: kelebihan pasaran antarabangsa berbanding tempatan: sebaik saja ia 'hit' (memasuki) pasaran, carta pelawat akan naik dengan tinggi (kadang-kala mendadak). Kalau guna kempen advertising (promosi) berbayar, harus pandai kawal budget sebab kemasukan pelawat seolah-olah tidak akan berhenti buat selama-lamanya! (Sehingga boleh pokai - bahaya.) Kalau kena gaya, sekejap saja dah boleh kaut keuntungan berganda-ganda (serta dapat cover balik modal). Fenomena menarik ini hanya berlaku dipasaran antarabangsa. Kalau ada berlaku di pasaran tempatan sekalipun; mana mungkin dapat menandingi 'keghairahan' (excitement) pasaran antarabangsa. Segala-gala lebih cepat berlaku sehingga boleh menukarkan seseorang dari status tak berduit; kepada ribu-riban dalam akaun sekitar tempoh masa 2 - 3 hari sahaja! (Kena tengok skill dan product juga...)
Anda nampak 'pembayang'-nya di sini? 'P' harus membuat keputusan antara hidup dan mati; sama ada nak sasar pasaran Malaysia, atau Antarabangsa. Dia tak boleh bolot kedua-duanya sekali sebab keadaan akan menjadi terlalu sukar. 'P' memilih tiket penerbangan Antarabangsa dan mendedikasikan sepenuh usaha terhadapnya. Anggap begini: Malaysia dan Antarabangsa seumpama sebuah pintu. Di hadapan mahupun di sebalik pintu tersebut, ada 'Pakar'nya tersendiri (peniaga). Apabila 'P' memilih pintu Antarabangsa, maka dia juga harus bijak memilih Pakar mana yang akan menolongnya berjaya mengharungi pasaran tersebut. Di sini di-ibarat 'Garisan Mula'. Ia cukup penting. Kerana dari sinilah detik penentuan bagi masa depan. Apakah hasil yang bakal dikecapi? Adakah 'P' melalui perjalanan yang lancar? Kalau tersangkut, masih ada-kah semangat untuk teruskan? Boleh ke teruskan? Berbaloi ke kalau teruskan jugak? Anda tengok: semua aspek ni penting untuk ditelitikan. Jangan main 'redah' jer. Bagi 'P', sekali sudah melangkah, tidak akan berpatah balik lagi. Perlu diingat: rintangan di pasaran antarabangsa lebih berat berbanding tempatan. Ia seumpama mengangkut beban besar dibelakang anda. Tapi 'P' mampu untuk teruskan jua.

'Padang Pasir' di Belakang
Di peringkat ini, kelihatan sangat jauh untuk menoleh ke belakang dan mula semula. Lagipun, 'P' telah diselubungi ilmu, teknik, langkah dan kelengkapan bagi menangani pasaran antarabangsa. Fuhh...bukan senang nak pikul semua pengetahuan tu. (Nak 'rasa' susah ke tak; cuba 'bayangkan' anda menaip satu artikel dalam bahasa Inggeris - bukan rojak atau cincai. Tetapi dalam tatacara membuatkan artikel tersebut diterima ramai oleh golongan bukan Malaysia!
Disebabkan terlalu jauh di depan, maka 'P' kini terkandas di dalam dunia internet tanpa sempadan. Ia sesuatu yang bagus kalau anda seseorang yang ligat berfikir tetapi ia suatu 'penamat' untuk yang jenis lemah semangat. Maksud saya di sini: semangat memastikan kestabilan 'P' bertahan di pasaran yang telah diceburi. Sebelum tu mari kita imbas kembali sedikit: apa sebenarnya yang 'P' bawa untuk berniaga dalam pasaran Antarbangsa yang luas itu? Berbekalkan tangan kosong tanpa apa-apa produk, apa yang 'P' niaga ni??!..
Jawapannya: produk yang menjanjikan seseorang dapat membuat duit dalam masa yang singkat. Yes. Itulah dia. Sama ada dia mencipta sendiri produk tersebut, membeli produk orang lain dan kemudian menukar kepada nama dia sendiri, atau menjadi 'affiliate' (rakan-jual) produk-produk yang berunsur macam tu (terima komisen). Jawapan ni adalah straight to the point, ye tak? Kalau peniaga lain; akan beri jawapan berputar-putar seolah-olah lidah dia digulungkan ke belakang sebab dalam sedar tak sedar; dia juga terlibat dalam penjualan produk begitu! Produk menjanjikan seseorang itu mampu menjana $XX,XXX dalam masa seminggu, sebulan atau sepantas yang boleh, cukup berkesan mempengaruhi pemikiran manusia. Contoh: kalau meniagakan produk yang mengikut 'kategori' (niche), (menjual alat memancing misalannya), hanya akan menarik perhatian golongan tu sahaja. Tetapi kalau kategori kewangan, semua akan tertarik kepadanya. Apa jua 'niche' sedikit-sebanyak akan membuka mata kepada tawaran tersebut dan akhirnya akan terbuka hati mencuba.
Maka diumumkan penamatnya di sini: 'P' berjaya meniagakan produk berunsurkan ini. Saban hari mempelajari teknik-teknik berkesan daripada pakar-pakar yang lidahnya berbelit bergulung simpul sampaikan tiada siapa pun dapat mempertikaikannya. Sungguh professional sehingga mampu menarik pelbagai jenis golongan bagi menghadiri seminar yang dianjurkan. Apa pun takde tapi poket kembung bagai nak rak! Dia sendiri mengaku dia aper pun takde! tapi hari ini mampu memiliki akaun yang tak henti-henti duit masuk ke dalamnya! Gambar (super-impose) 'P' bergaya di sebelah 'Mercedes SLR' (kereta mewah) telah memukau banyak mata. Dia ni ialah Profesional Sebenar! - begitulah pandangan umum terhadapnya. Segala-galanya dibuat, dirancang dengan begitu baik sehingga tiada sumber yang mampu mengatakan bahawasa 'P' tidak berjaya. Dia berjaya! 'P' kini sebaris dengan nama-nama terkenal antarabangsa. Anda NAK TAK jadi macam dia?
SEJARAH BISNES, SISTEM, PERNIAGAAN - Berunsur Cara Membuat Duit Pantas
Website begini selalunya mempunyai 'headline' (tema) dan kata-kata
berbentuk 'font besar' (huruf) yang akhirnya meninggalkan para
pelawat dengan teka-teki yang membawa kepada keinginan untuk
memiliki - bagi mengetahui maksud disebalik janji diberi.
Malahan, website begini sudah wujud berzaman yang lalu. Ia bermula
seawal 'sistem-gaya-pos' - di mana banyak iklan-iklan kecil di
akhbar berbunyi - "pendapatan RM200 - RM500 seminggu. Hanya
berkerja di rumah". Iklan begini memberi kesan yang besar dan
menerima banyak respon. Terlalu banyak sehingga sesiapa yang
terlibat waktu itu, mula membina
pendapatan dari 0 (zero) kepada beribu-ribu sebulan. Kemudian,
terlalu banyak iklan seperti itu membuatkan para akhbar terpaksa
mengambil langkah menyekat dari ia dipaparkan dengan
terserlah dan mudah. Semakin ramai orang mengetahui sistem ini dan
semakin ramai turut serta - kerana yakin bahawa ini sajalah cara
paling mudah untuk bina pendapatan segera (memang betul pun).
Langkah sekatan ditambah oleh akhbar-akhbar utama (Utusan, Berita
Harian, New Straits Times) namun muncul pula akhbar-akhbar
sampingan seperti Bacaria dan Perdana: yang memberi kemudahan untuk
sekali lagi menerbitkan iklan seperti itu tanpa sekatan yang kuat.
Kemudian muncul lebih banyak akhbar dan majalah yang juga turut
memberi kebenaran.
Seterusnya, datanglah dunia internet...dan dengan segera sistem
ini mempelopori internet di mana boleh dikatakan - salah satu
faktor kekuatan yang menyokong internet untuk meraih populariti: adalah kerana sistem tersebut! Kalau sistem itu berjaya menarik ramai pembeli di dunia akhbar dan
majalah, mengapa tidak di dunia internet? Kedua-duanya
berasaskan perkara yang sama iaitu - penulisan. Orang membaca di
akhbar dan sudah tentu juga di internet. Keinginan (serta keperluan) mencari jalan membuat duit, telah mendorong banyak pihak memberi tumpuan terhadap internet.
Hari ini, persaingan amat sengit. Apabila persaingan kian bertambah, para peniaga (kategori ini) bergiat-cergas mencipta pelbagai pendekatan, berbeza-beza dalam mempromosi tetapi hakikatnya - ia semua membawa kepada produk yang sama - Sistem buat duit yang sudah berkurun-kurun lama usianya itu. Produk turut sama diberi sedikit pengubahsuai-an agar mengikut trend dan peredaran masa. Di Malaysia, sistem tersebut tak banyak berubah. Hampir semua pendekatan di ambil masih sama. Tetapi di luar negara, sistem ini bagaikan 'pelopor utama' dunia perniagaan internet. Pelbagai pihak telah bekerjasama mengubahsuai sistem ini supaya ia boleh di-implementasi-kan kepada apa jua jenis perniagaan! Sehingga berani saya katakan - di antara peniaga Internet paling berjaya sekali - adalah mereka yang bijak mengunakan sistem ini supaya ia sesuai dengan perniagaan mereka! (Lebih lanjut tentang sejarah ini ada di dalam Ebook Percuma adrs.)
Cukuplah setakat itu penerangan saya. Saya bukan anti sistem cara membuat duit pantas mahupun mengutuk ia. Cuma sesetengah pihak mengunakannya dengan cara yang salah lalu membuatkan industri perniagaan internet mendapat nama buruk. Banyak bisnes yang jujur terjejas akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mengunakan sistem ini dengan begitu 'GAH' tidak terkawal - tujuan adalah bagi mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan kesan ke atas orang lain. Terlalu 'ghairah' mempromosi hebat melampau lalu seterusnya menyerahkan sampah kepada pembeli. Mereka mahu 'senang' dengan cara yang 'senang'.
Melalui panduan adrs, anda akan mengetahui perkara-perkara penting bagi mendirikan sebuah perniagaan internet yang stabil dan kukuh. Kalau anda betul-betul serius mahukan sebuah bisnes jangka-panjang, maka adalah penting mempelajari ia dengan betul - melalui seseorang yang telah melaluinya sendiri. Bukti telah saya sertakan bersama dengan penerangan saya. Terpulang kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak. Penjelasan yang terlampau panjang lebar tetapi tidak membawa kepada mana-mana, tak berguna juga. Bagi saya, lebih cepat kita bermula, lebih cepat kita boleh melangkah ke tahap yang lebih 'advance' - menghasilkan pengaliran wang masuk ke dalam akaun secara tetap, stabil. Bakat menghasilkan wang bukan memakan masa sehari dua, tetapi ia perlu di-asah hari demi hari. Dan itulah sebabnya kita tak payahlah nak berada di tahap 'beginner' terlalu lama sampai terjadinya membuang masa.
SENYUMAN PALSU SUMBANG KEJAYAAN? - Faktor yang Mempengaruhi Kecemerlangan Sesebuah Perniagaan
Sila Ambil Perhatian: Betul. Bukan saya seorang sahaja yang paling handal dalam perniagaan internet. Ada lagi selain saya yang ternyata berjaya dengan cemerlang. Namun persoalan penting yang perlu dititikberatkan di sini: adakah kejayaan mereka yang lain tu bertahan lama? Adakah kejayaan mereka itu logik?
Contoh: kalau dia ada rupa, hensem, tersenyum sana sini lalu berjaya menarik minat ramai customer, adakah anda memiliki apa yang dia ada? Dia akan mengajar anda bagaimana nak tarik begitu ramai customer dengan pelbagai cara selain rupa - tetapi percayakah anda bahawa 50% customer dia bukan datang dari sumber kerana terpikat dengan rupa dia? Dia boleh kata dia berjaya membina kepercayaan customer bukan kerana tayang sijil diploma, ijazah atau Phd - tetapi kenapa begitu banyak terpampang segala macam sijil educated di sana-sini di premis dia? Anda ada ke sijil-sijil tu semua nak ditayangkan?... supaya anda juga ada kelebihan macam dia? (dan customer pun percaya kepada anda?)
Yes, begitulah. Semua cakap tak ada apa-apa tetapi mulut selalu sangat 'terpacul' ada hubung kait rapat dengan Dato', Tengku, Dr, bekas student U, sekerat jalan je ambil Phd dan macam-macam lagi kelebihan bagi menaikkan status bisnes - di mana anda satu pun tak ada! Anda cuma berada di kedudukan kagum terhadap dia (sebagaimana ramai lagi) - seterusnya bakal mengeluarkan duit membeli produk dia!
Antara saya dan mereka? Pilihan di tangan anda untuk memilih siapakah paling layak membimbing anda dalam mempelopori perniagaan internet yang ternyata banyak dugaan dan pancaroba ini. Bagi pihak saya, saya telah sertakan pelbagai bukti buat tatapan serta penilaian anda. Bukti-bukti sepanjang pengalaman saya dalam bidang ini. Bukti-bukti ini mustahil dapat saya hasilkan andaikata saya budak baru belajar (setahun jagung) di persada ini.
Tetapi sekarang kita bukan nak bersembang pasal saya - Tapi ANDA! Melalui adrs, anda pula yang bakal memiliki bukti-bukti sebegini. Saya akan dedahkan segala-galanya tanpa putar-belit supaya anda ketahui dari Mula hingga Akhir bagaimana segalanya berlaku.
Kenapa Saya Tergamak Nak Dedahkan Kepada Anda?
Sebab saya tidak akan hidup buat selama-lamanya. Saya rakyat Malaysia yang mempunyai niat - selain dari tujuan berbisnes, saya mahu melihat semakin ramai bangsa Malaysia berupaya menghasilkan sesuatu yang bertaraf 1st class. Jangan biarkan bangsa Europa, Jepun atau Amerika saja yang berlagak tanpa berkesudahan mengatakan mereka yang terunggul. Di Asia Tenggara; Malaysia masih dikategorikan dalam negara-negara dihormati. Ambillah peluang ini mempelajari teknik adrs bagi 'memperlengkap'kan kenapa Malaysia harus dihormati? Berikan sebab kenapa anda, sebagai rakyat Malaysia lebih 'standard' dari Filipino, Thailand (asyik nak kebas minyak Malaysia jer kerjanya), Vietnam, Java, Papua New Guinea mahupun negara-negara Asia Tenggara selebihnya. Adrs bukan hanya sekadar bisnes biasa-biasa, tetapi ia besertakan 'Respek'. Perhatikanlah baik-baik persembahan adrs.my ini - adakah anda rasa hasilan ini mampu dicipta oleh seorang pelarian dari Indonesia yang bekerja di Malaysia? Makna; siapa-siapa saja boleh mencipta ia. Kalau anda rasa begitu; ambil masa jelajah ke seluruh website lain yang ada. Banding-bandingkan. Test sistem-sistem yang ada. Tiada sebab saya nak gesa-gesakan anda supaya cepat seolah-olah website ni akan ditutup tidak lama dari sekarang. Saya mahu anda pasti sebelum membuat keputusan memiliki Teknik Kewangan Terunggul ini - yang tujuannya adalah membekalkan anda dengan pengetahuan yang akan membolehkan anda menjadi 'Pakar Internet Sebenar'.
Dapatkan Teknik Kewangan Terunggul Sekarang! - Klik Sini
Tak lama kemudian, pengubahsuai-an ini memasuki pasaran tempatan dan para peniaga mula mengambil ja
reserve words: Anda tidak boleh 'anggap' (assume) hanya dengan buat peralihan bahasa kepada Inggeris; boleh selesaikan perbezaan ini.
adrs - The End of Zaman Internet
|