
Monday February 06, 2012 |
Ya, selamat datang ke ADRS Department Kewangan. Hi, saya Su,Wanda ADRS (@lias patung, nama manja). Tapi tak apa, panggil saya Wanda sahaja. Saya akan menjadi personaliti kamu memberi penerangan mengenai ADRS di seksyen ini. Seperti yang pernah kita dengar; 'Semuanya PASAL DUIT'. Sekalipun kamu tidak fikir begitu, ia tetap Pasal Duit jugak... Sebelum Kita Bermula...
Info: Kalau kamu mahu pelajari (ataupun ulangkaji) mengenai basic internet, saya syorkan kamu download Monolog untuk Wanda (percuma) tersedia. Ehemm, sempena nama saya. Asalnya ia didedikasikan kepada saya oleh Boss ADRS. Tetapi saya tidak lokek mau kongsi sama kamu para audiensi semua. Ia merangkumi keseluruhan aspek penting yang perlu diketahui. (Yang penting saja, dong...ku ngak mau membuang masamu.) Baiklah. Macam ni ha: Kamu melayari internet ni dah bertahun. Kamu datang dan pergi. Untuk apa tujuan? Kamu pun dah semakin tak ketahuan. Pada suatu ketika, kamu mahu menjadi seorang Pereka Grafik. Pulak nanti, kamu mahu tengok kot-kot ada kerja kosong berkaitan minat kamu. Tak lama kemudian, kamu rasa kamu cuma nak isi masa lapang saja. Chatting, posting dan apa jua yang boleh melepaskan sedikit tension. Pada suatu tahap, kamu mula mengkaji dengan serius pelbagai website yang ada. Tiba-tiba, tergerak hati rasanya untuk membuat duit online! Menerpalah: bisnes apa ku mahu buat iya? (sebaik saja kamu terfikirkan pasal duit...) Tapi lepas tu terasa malas pulak. Takut. Sebab bila kamu mula mendalami niat itu, terasa bagaikan ia amat sukar untuk terlaksana. Duduk lebih lama depan skrin tu, kamu rasa hidup ini semakin tidak bermakna. Ya. Memang tepat. Bisnes online adalah sesuatu yang sukar! Tapi KENAPA ramai yang cakap ia hanya semudah itu?
Ramai yang meng'war-war'kan bahawa mereka tahu jalan pintas serta cukup ilmu untuk mengajar bagaimana mahu melakukannya. Mereka kata; kami akan memberikan kamu
website percuma. Kamu tidak perlu merekacipta. Kami juga akan membekalkan kamu produk untuk dijual supaya dengan itu kamu boleh bermula segera. Kamu hanya perlu
mengkatifkan link affiliate kamu. Seterusnya, kamu cuma perlu buat yang itu, buat begini. Senang macam tu aje. Tak payah bersusah-payah. Dan kemudian segalanya akan masuk secara automatik ke dalam akaun bank kamu. (Biasa dengar kata-kata begini eh?) Sisa serpihan itu, adalah gumpalan informasi terlebih yang sedang membenani kamu. Kepala kamu menjadi sakit dan pening menanggungnya. Teruknya ya kan? Sungguh banyak perkara menarik untuk dilakukan dalam kehidupan tetapi kamu tersepit situ, memikirkan bagaimana harusnya untuk selesaikan 'jigsaw puzzle' itu. Jika ianya selesai, kamu akan mempunyai wang untuk menikmati apa saja yang ada dalam fikiran. Bagaimanakah kamu harus menyelesaikannya? Dengan bertanya dan merujuk kepada sumber yang tak terbilang banyaknya? Berapa lama agaknya kalau begitu? Selepas waktu yang sebegitu lama, adakah akhirnya kamu dapat selesaikannya? PASTI? Ya, betul la tu...Maknanya di sini, ringkas cakap: kamu tidak akan dapat menyelesaikannya! Di situlah letaknya impian dan harapanmu. Masih tersekat (silap-silap terbenam) dan kamu hanya ada dua pilihan: Teruskan, atau tinggalkan. Buat keputusan sendiri sebab kamu saja yang tahu bagaimana kesannya ke atas diri kamu bagi setiap pilihan yang dibuat.
Terus Saja Kepada MaksudJujur cakap, untuk benar-benar berjaya dalam bisnes online, kamu perlu tahu ini:
Nampak? Kamu mesti fokus kepada perkara ini untuk berada di landasan yang betul. Pertama sekali (perkara no.1), saya percaya masih RAMAI yang tidak tahu bagaimana untuk berurusan secara selamat dengan PayPal atau mempunyai kad yang boleh meng'akses' pembayaran secara online. Paypal, dimana; sebuah sistem pembayaran paling murah dan paling ramai pengguna untuk bermula (bagi pasaran antarabangsa, terutamanya).
Dengan itu, kamu sudah mempunyai asas kukuh untuk menuju ke langkah seterusnya. Website. Barangkali, kamu pernah dengar tentang mempromosikan link affiliate yang berupa sebaris kod mengandungi abjad dan nombor, menandakan id kamu. Bermakna, kamu meniagakan produk orang lain, dan kemudian dibayar sekiranya ada seseorang membeli melalui link (id) itu. Bayaran adalah berdasarkan komisen, selalunya dibahagi separuh dari harga produk terbabit (atau lebih, kalau peniaga itu pemurah. Kurang sekiranya peniaga itu kedekut). Beginilah caranya dimana sesetengah pihak mengatakan kamu tidak perlukan website untuk bermula. Ya...untuk bermula. Tapi lama-kelamaan, kamu akan tahu jua; untuk betul-betul berjaya dalam arena ini, kamu memerlukan website. Website walaubagaimanapun, adalah diantara isu paling sukar dan keliru apabila berkenaan melakukan bisnes online. (Walaupun sesetengah mendakwa; 'ia semudah itu je'. Siapa diaorang tu?) Tapi jangan risau. Letakkan harapan dan kepercayaan kamu terhadap ADRS...Kita akan selesaikan isu ini sebaik mungkin supaya kamu selesa dan tenang menghadapinya. (Don't worry, be happy. Itu dia. Sekarang kamu perlu tahu strategi bagi menarik seramai mungkin pelawat untuk sampai ke landing page kamu (muka depan laman web). Lagi ramai sampai, lagi cerah peluang kamu memperolehi pendapatan. Tetapi melaksanakannya bukan senang. (Cakap memang le.) Tanpa mengimplementasikan teknik yang tertib, kamu boleh terjebak merisikokan bisnes kamu ke arah apa yang dinamakan SPAM. Spamming, adalah suatu kaedah menghantar email secara besar-besaran (atau membuat-tuli) mempromosi kepada mereka yang tidak memintanya (subscribe). Itu baru satu. Yang lain termasuk tulis begini tapi bila pelawat sampai tulis begitu (tak sama dengan apa yang diiklankan) dan juga menggunakan kaedah yang tidak bersesuaian dalam menangani Search Engine (Google, Yahoo! dan MSN). Di mana semua ini akan menimbulkan kemarahan penerima dan Search Engine, mengakibatkan nama bisnes kamu buruk dan seterusnya gagal dalam misi kamu membina kerjaya di interneting untuk kamu menangani hal ini sebetulnya. Sebab di situlah juga detik sebenar penentuan samaada kamu BERJAYA atau tidak.
Dari situ, kamu akan ada abiliti membolehkan diri mara ke hadapan dengan mendalami tentang SEO (Search Engine Optimization) dan penggunaan Google Adwords...andaikata kamu sampai sejauh itu. Tapi jangan bercakap pasal tu dulu. Fokus kepada tiga perkara yang baru saja saya beritahu. Kerana dengan memiliki asas yang solid, kamu tidak akan menghadapi banyak kesukaran (sebagaimana mereka yang lain) untuk di akhirnya, menggapai kejayaan yang diimpikan!
Saya tak mahu bohong. Dari membuai kamu dengan janji-janji manis mengatakan bagaimana kamu boleh menghasilkan pendapatan hingga 5-6 angka ($50,000 - $100,000 tu...perghh?!) sebulan (seminggu?) tanpa perlu bersusah-payah atau memahami apa-apa pun, saya lebih suka mengambil pendekatan bercakap secara logik. (Sedangkan orang tikam nombor pun perlu faham bagaimana. Mana boleh main hentam saja lor? Kok mu mau membazir uwang begitu aja eh?) Kenapa banyak website tak mau nak cakap boleh jana 3 - 4 angka sebulan? (macam; RM900- RM1,000). Seolah-olah macam malu pulak dengan jumlah tu?
Kamu ingat jumlah tu SIKIT ke? Kamu fikir RM900 boleh dapat senang-senang aja? Duduk goyang kaki tiba-tiba ada orang datang hulurkan?
(RM9,000 - 4 angka, sikit ke?) Pada website yang rasa seronok tabur janji manis mengatakan kalau menggunakan teknik mereka kamu boleh jana pendapatan 5 - 6 angka, haa lantak. Barangkali mereka tidak pernah melalui pengalaman yang boleh membuatkan mereka sedar betapa bernilainya duit itu. Diaorang tak pernah 'pegang' duit tu betul-betul Di ADRS, kami tahu 'menilai duit dalam erti kata sebenar'. Kami tahu walaupun ianya cuma RM100, ia takkan boleh didapati tanpa sebarang usaha. Sekiranya kamu termasuk dalam kategori individu yang tahu nilai kewangan, tahu bahawasanya subjek wang tidak boleh diambil mudah, tabik hormat kami berikan. Persoalannya di sini, bukan samaada kamu kaya atau tidak. Yang penting; kamu mengerti. Secara tak langsung, itu membuatkan diri kamu mempunyai 'harga'. Tak bermakna kalau kamu banyak duit, kamu layak bercakap seolah-olah kamu tahu segalanya mengenai duit. Juga, tak boleh nak tuduh seseorang yang selalu tak ada duit, tak layak nak memperkatakan tentang duit. Bukankah rezeki itu ditentukan oleh Tuhan? Sekalipun seseorang itu genius, belum tentu dia mampu nak jadi kaya. Usahalah macam mana pun, kalau Tuhan tak izinkan, apa bisa kita mau melawan takdir? Walaupun tak mewah, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada. Dengan melatih diri belajar menerima keadaan seadanya, hidup akan menjadi lebih tenang, matang serta bermakna. (Perasaan pun boleh maintain stabil, rileks, cool.) Renungkanlah sejenak. Tekan le
Adakah ini kamu? Psst
Yang ni pun adik-beradik jugak...cuma yang ni adik. Adik nak lawan abang! Klik Sini nak tengok. Testimonial yang menimbun bukan akan membantu kamu menjana 5 angka dalam masa 2 hari, tetapi owner laman web tu. Mmm...cuba tengok; dalam masa 24 jam => 4 angka, 2 hari => 5 angka, 3 hari => 6 angka, 4 hari => 7 angka,(!)
|
|
|
